PEJABAT DAERAH TAMBUNAN

Pejabat Daerah Tambunan, Peti Surat 25, 89657 Tambunan, Sabah, Malaysia.

Objektif dan Piagam

Fungsi dan Objektif

Pejabat Daerah merupakan Penyelaras (Chief Coordinator) ke atas semua aktiviti pembangunan di Peringkat daerah dan sebagai cawangan tempatan kepada Urus Setia Negeri (State secretariat) dan kerajaan Persekutuan. Objektif-objektif jangka panjang oleh kerajaan adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Objektif penting yang harus dicapai oleh Pejabat Daerah ialah:

- Permodenan taraf hidup masyarakat luar bandar
- Penyediaan kemudahan-kemudahan asas
- Pewujudan Peluang pekerjaan
- Pembangunan masyarakat

Piagam Pelanggan